Kehidupan awal Hariz_Hamdan

Hariz Hamdan merupakan anak ketiga daripada empat beradik di Shah Alam, Selangor, daripada keluarga Islam. Dia mempunyai 2 orang kakak dan 1 adik lelaki. Bapanya, Muhammad Hamdan bin Omar ialah seorang jurutera dan ibunya, Suzana binti Mohammad Sayuti ialah seorang ibu yang bekerja sendiri. Sekolah zaman kanak-kanaknya ialah di SMK Puncak Alam di Puncak Alam, Selangor. Sewaktu kecil, impiannya sentiasa ingin menjadi seorang jurutera mengikut jejak langkah bapanya tetapi mula menyertai industri hiburan sejurus selepas peperiksaan SPM.[1]